Salam sdra/i dihormati,Lagu mempunyai aura tersendiri, ianya boleh menenangkan perasaan kita...semasa kita sunyi, sedih, hampa, gundah gelana dsnnya, tidak kira lagu itu berbentuk sentimental, Pop, Rock, Joget atau lagu-lagu "Otai dan Antik" yamh santai dan tenang. Pencinta seni menyatakan bahawa "setiap lagu lama yang kita dengar sekarang akan membawa kita kepada peristiwa2 lampau yang manis atau pun pahit ...yang berkaitan dizaman lagu itu diterbitkan". Manakala "lagu2 ciptaan baru yang sedang dan akan dihasilkan sekarang akan menambahkan lagi jutaan koleksi lagu-lagu Melayu untuk hiburan generasi akan datang". Justeru itu saya terpanggil untuk membuat blog ini khas mengumpul koleksi lagu-lagu popular dulu yang saya suka sebanyak mungkin, tidak kira daripada iannya boleh diperolehi samada daripada U-Tube, Google, Face Book, Twitters, dll. Diharap sumbangan kecil saya ini sedikit sebanyak dapat membantu menghiburkan hati sdra/i..yang mungkin "gundah gulana" ketika ini.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment